24 JULAI 2010,Kuantan Pahang-Kali ini skuad TIE 2010 turun padang untuk bersama dengan peserta dari Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang(IKIP) yang mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) di Cherating Bay Resort,Pahang.Seakan sedang dalam rombongan percutian,suasana di sana nyaman sekali di waktu petang dengan tiupan bayu laut yang mendamaikan.Seramai 20 orang peserta lelaki dan 30 orang peserta perempuan menyertai progam pada kali ini.
Program secara rasminya bermula sekitar jam 9.30 malam di dewan serbaguna di sana.Adik Syukri sebagai pengendali majlis telah membuka tirai orientasi ringkas predeparture tersebut,seterusnya menjemput kelima-lima fasilitator untuk tampil kehadapan.
Program diteruskan oleh Saudari Siti Baizura Zakaria,mahasisiwi Tahun 4 Universiti Kaherah sebagai pengerusi majlis.Persembahan multimedia yang didatangkan khas oleh PERUBATAN Cawangan Iskandariah di awal slot berjaya mendapat respon yang menggalakkan daripada para peserta.
Saudari Faten Farhana Salleh,mahasiswi Tahun 3 Universiti Kaherah bijak menyusun kata-kata sebagai moderator Talk Show bersama 3 orang ahli panel yang lain.Saudari Ummi Sakinah Abdul Kadir secara santai berkongsi pengalaman bersama adik-adik tentang kelebihan bidang perubatan di Mesir.Saudara Syafiq Hamdani yang merupakan wakil tunggal mahasiswa pada malam itu telah memberikan gambaran awal tentang kehidupan di Mesir dari sudut budaya,geografi,makanan ruji dan sebagainya.Ahli panel yang terakhir ialah Saudari Natrah Ahmad Kamil secara ringkas menerangkan tentang sturuktur organisasi PERUBATAN sebagai pendedahan awal kepada mereka yang bakal menjadi ahlinya nanti.Kesemua ahli panel merupakan mahasiswa/i tahun 4 Universiti Kaherah.
Program diteruskan dengan slot terakhir iaitu LDK atau latihan dalam kumpulan.Para peserta dipecahkan kepada 5 kumpulan bersama seorang fasilitator.Program tamat pada waktu di luar jangkaan iaitu sekitar jam 12.30 malam memandangkan adik-adik seolah-olah tidak mahu melepaskan peluang bersama para fasilitaor masing-masing.Kesungguhan yang ditunjukkan mereka amat mengagumkan dan diakui oleh para fasilitator.Biarpun agak penat seharian,masing-masing meluahkan rasa puas kerana dapat menyumbang dan berkongsi pengalaman,tambahan pula mendapat komitmen yang terpuji daripada para peserta.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Rashimi,Ust Muin dan En. Bakri kerana memberi peluang kepada kami berada di sini.Segala kerjasama dan kesudian pihak kalian kami ucapkan Jazakumullah khairan kathiran.Kepada adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini,selamat membuat persediaan terakhir,dari segi mental dan fizikal.Selamat memulakan langkah sebagai mahasiswa bidang perubatan,jumpa di sana insyaAllah!
0 comments:
Post a Comment